Komitmen Kami Sejak 1957

Sejak penubuhan kami pada tahun 1957, Syarikat MYP Sdn Bhd telah menjadi peneraju dalam penghasilan minyak berubat tradisional yang diyakini ramai. Dengan warisan turun-temurun, kami kekal teguh membina jenama Geliga sebagai simbol keberkesanan, kualiti, dan kepercayaan sepanjang zaman.

Latarbelakang
Syarikat dan Sejarah

Pada tahun 1957, SYARIKAT MYP SDN BHD ditubuhkan oleh Allahyarham Hj Mohd Yusof Pral. Perniagaan ini dimulakan di pasar Geylang Serai Singapura selepas Perang Dunia 2 dan kemudian berkembang ke Larkin, Johor. Perniagaan ini pada mulanya sebagai industri kotej dan kemudian berkembang menjadi industry kecil. Proses pembuatan manual bermula daripada proses pengadunan dan jualan akhir produk. Pengedaran produk adalah di seluruh Malaysia, Singapore dan Indonesia.
Pada tahun 1990 pemilikan syarikat telah diambil alih oleh JASA Sarawak Berhad. Syarikat ini telah mengembangkan kaedah pengeluaran, jualan dan pengedaran produk Ubat Minyak Geliga di seluruh Malaysia dan di Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Pada masa yang sama syarikat telah memulakan untuk mematuhi keperluan standard GMP produk dan pengeluaran dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga hari ini, kami memegang tiga lesen produk, Ubat Minyak Geliga (MAL19970235XC), Geliga Aroma (MAL19992203XC) dan Geliga Balm (20016152XC). Penyelidikan pasaran baharu untuk produk baharu sentiasa dilakukan dan kami mungkin menghasilkan produk baharu mengikut keperluan pasaran pada masa hadapan.

VISI

Menjadikan jenama geliga, dikenali oleh setiap generasi dan peringkat umur, atas keberkesanan, melalui produk berkualiti tinggi dan mesra alam

MISI

Untuk menghasilkan produk minyak berubat yang berkualiti dan pilihan pertama kepada pengguna.

🛍️ Di Mana Nak Beli Produk Geliga?

Produk Geliga boleh didapati di pelbagai lokasi dan platform untuk kemudahan anda.

🏅 Pensijilan & Pengiktirafan